Laksa Sardin
Selamat berjumpa kembali.... Anda suka makan laksa??? Negara kita ni kaya dengan pelbagai jenis laksa, Laksa Kedah, Laksa Penang, Laksa Johor, Laksa Sarawak dan pelbagai jenis lagi. Tapi, hari ini kita akan buat laksa Sardin. Sememangnya laksa ini peveret saya dari dulu lagi, pantang jumpa laksa mesti nak makan. Tp bila dah dok Shah Alam ni, susah la nak makan laksa ni.. Macam dah xbest lagi.. Huhuhu..
Idea buat laksa sardin ni tercetus bila anak2 kata nak makan laksa,.. mulalah pikey, nak beli ikan nak blender pakai apa, blender wosak. xkan la nak tumbuk tulang2 ikan tu.. pening2 pikey.. nak beli xbest sgt.. So, terfikey la mcmna klu ambik ikan sardin (ala yang dalam tin tu) basuh n masak buat kuah laksa. Mcm ok jgk ni.. Malam tu jugak rendam laksa. laksa ni kena rendam dulu kalau tidak nnti liat.
Besoknya, mula agenda membuka tin sardin dan kuarkan ikannya... jeng3..
Bahan-bahan yang diperlukan... (untuk kuahnya)
1 tin sardin (cap ayam brand pun ok) yang besar ok
2 ulas bawang besar
5 tangkai cili kering (rendam dgn air panas untuk senang kisar)
secubit belacan
6 keping asam keping (asam gelugor)
garam secukup rasa
Daun kesum (saya suka banyak sebab wangi - carik-carikan daunya)
2-3 tangkai bunga kantan (Dihiris/dibelah 2)
Cara-caranya :-
1-Basuh ikan sardin, buang sosnya. lenyekkan sedikit isi ikan (tidak terlalu hancur dan tidak terlau kasar). masukkan ke dalam periuk.
2-Kisar cili kering,belacan dan bawang merah sehingga hancur. (Tapi saya tumbuk uols blender rosak). Masukkan kedalam periuk bersama2 isi ikan tadi. Masukkan air. Ikut korangla nak banyak mana kuahnya.
3-Rebuskan semua sekali sehingga mendidih, sambil2 tu masukkan daun kesum, bunga kantan, garam dan asam keping tadi. Siap didih, tutup api.
Laksa
1-Laksa yang direndam semalaman tadi tu kita rebus sehingga tidak liat. Toskan air kanjinya dan bilas dengan air. kemudian toskan.
Hiasan untuk laksa
1-bawang merah (hiris nipis2)
2-Daun selom (hiris nipis2)
3-cili merah / cili padi (hiris nipis2)
4- limau (ikut korang suka limau nipis or limau kasturi)
*** otak udang (ni mmg peveret ni wajib ada)
Selamat mencuba... semoga berjaya.
*** gambar tidak dapat dimuat turun. next tyme saya try upload gambar ok.
Monday, 7 January 2013
Friday, 4 January 2013
percubaan pertama
Hari ini pada jam 3.26 petang di ofis yang amatku sayangi, aku telah membuat blog sendiri.. Macam tidak ku percaya apa yang ada di depan mata.. nama dan tajuk aku hentam sahaja... ntah dari mana datangnya nama senyum selalu n jongkang jongket ni... semoga ini permulaan yang baik untuk aku meneruskan blog mengeblog ni.. amin.
Semoga tahun ini aku akan lebih berjaya dari tahun-tahun yang sebelum ini..
Semoga tahun ini aku akan lebih berjaya dari tahun-tahun yang sebelum ini..
Subscribe to:
Posts (Atom)